Sabtu, 09 Oktober 2010

Penyakit Kusta





Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murahSelain manusia, hewan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadillo.

©     Ciri-ciri klinikal

Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus yang menyebabkan batuk kering.
Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae disebarkan daro seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar penularan adalah amat perlahan.
Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit kusta pausibakilari atau multibakilari. Penyakit pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigment. Penyakit kusta multibakilari dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

©     Insiden

Pada tahun 1999, Insiden penyakit Hansen dunia dianggarkan sebanyak 640,000; dan pada 2000, 738,284 kes dikenalpasti. Pada tahun 1999, 108 berlaku di Amerika Syarikat. In 2000, the World Health Organization (WHO) listed 91 countries in which Hansen's disease is endemic, with IndiaMyanmar, and Nepal having 70% of cases. In 2002, 763,917 new cases were detected worldwide, and in that year the WHO listed BrazilMadagascarMozambiqueTanzania and Nepal as having 90% of Hansen's disease cases.
Seluruh dunia, 1-2 juta orang cacat kekal disebabkan kusta. Bagaimanapun, pesakit yang menerima rawatan antibiotik atau selesai menerima rawatan dianggap bebas dari jangkitan aktif.
Penyakit kusta merupakn salah satu penyakit yang dijejak secara pasif oleh Pusat kawalan dan Penghalang Penyakit. Taburannya di Amerika Syarikat kekal rendah dan stabil. Terdapat pengurangan jumlah kes seluruh dunia, sungguhpun kes setempat dikawasan tertentu terus muncul di kawasan seperti Pasifik timur.

©     Kumpulan Berisiko

Mereka yang berhubung rapat dengan pesakit yang tidak penyakit kebanyakannya multibasilari aktif, tanpa rawatan, dan mereka yng tinggal di negara dengan penyakit kusta asal (endemik) berisiko mengidap kusta. Penyelidikan terkini menunjukkan variasi genetik menyumbang kepada kecenderungan penyakit ini. Kawasan DNA bertanggung jawab bagi variasi ini turut terbabit dengan penyakit Parkinson, menimbulkan jangkaan bahawa kedua penyakit ini berkait pada aras biokimia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar